Pages

Friday, January 11, 2013

Marah

I'm in the middle to clear all my pending task before I start my maternity leave in 3 weeks time. Rabu, pukul 6.10 petang, ada sorang marketing exec hantar final copy flyers utk aku check translation dia dari English ke BM betul tak. Apa gila, 6.10 petang, aku dah nak balik kot.

Khamis.
aku kena pergi outlet visit. 11.30 baru masuk ofis. Pukul 12 aku lunch. Memang kitorang (Training Dept) lunch pukul 12.00 sebab nak avoid crowd time lunch hour. Budak2 department lain pun. Dekat food court, tiba2 budak ni datang sebelah aku "KAK, HUTANG KITA MANA HUTANG KITA?" Wah, bahasa. Dah la aku tengah makan. 

Aku cakap "Kita baru masuk ofis 11.30. Awak hantar semalam pukul berapa?" Aku senyap.
Balik lunch, dengan kerja penuh atas meja, aku curi masa check translation dia. Sebab memang apa2 point tentang product kena dapat approval training dept dulu. 

Kau nak marah tak kalau :

1.
Energy boost multivitamins for active boys jadi 
Multivitamin untuk meningkatkan tenaga lelaki
This is not Viagra, please.

2. 
Clinically proven to reduce cold and flu jadi
Terbukti secara klinikal untuk mengurangkan sejuk dan selesema.
What the hell with SEJUK?

3.
High in sugar and trans fatty acids jadi
Kadar gula yang tinggi dan asid lemak

Kot ye pun pakai google translate. Takkan Bahasa Melayu kau teruk sangat.

Dia cakap, dia dah translate, aku cuma review je. Ye, review. kalau ayat dah macam tu, kau ingat boleh approve sekali pandang? Ada 16 ayat nak kena tengok, + nak dapatkan approval boss, it took about 1-2 hours. Bila dah settle, aku pass. Dia kata nanti dia betulkan dan send balik utk aku finalized. 

Pagi tadi.
Dia send. Geram jugaklah aku kalau sampai huruf pun aku nak kena ajar lepas titik mesti Huruf Besar. Tak boleh ke teliti sikit buat kerja? Then, dia betulkan. Aku cakap ok dah, semua ok. 

Petang.
Aku tanya untuk double confirm - flyers dah finalized kan? Sebab aku perlukan softcopy tu untuk masukkan dalam Slide aku. Kau tau dia jawab apa?

"Belum kak. Kita ada tukar sikit. Tadi akak IT ada check jugak. Nanti kita send balik, akak review ye." Terus temperature aku naik. Oi, aku ada kerja lain jugak kot, bukan kena jadi cikgu BM hang. 


Paling indah dah bahasa aku guna. Tapi kalau tengok dengan mata hati, kepala aku dah keluar api dah rasanya.  This is not the first time, and we have decided to bring up this issue, sebab it happened to one of my colleague before. 

Nasihat aku, adik-adik fresh grad,
tolong buat kerja baik2 sikit.
Sebab hasil kerja macam ni lah menyusahkan fresh grad yang lebih berpotensi bila company2 lain semuanya bila bukak vacancy, nak employee yang ada pengalaman kerja SAHAJA.

No comments: