Pages

Sunday, January 27, 2013

D.I.Y ~ Eyelet curtains

Had a false alarm tengah hari tadi. Perut memulas dari 12.30 - 1.00pm. Sampai terconfuse nak terberanak ke nak terberak. Sekali tu je & tak berulang pun. Tapi panic jugaklah.

Semalam hint ajak pergi beli langsir. This man, he is very particular pasal rumah. Rumah sewa dia takde perasaan sangat, tapi nak masuk rumah sendiri ni, semua mesti perfect. Dia nak sangat la eyelet curtain.


Mula2 kitorang decide nak upah je memandangkan aku pun dah sarat + kengkonon nak beli langsir berat ala-ala hotel tu, so baik tempah kan. Sekali kau, untuk langsir macam ni, upah jahit adalah RM15 sekaki. SEKAKI ok SEKAKI.  Bayangkan kalau kat hall tu langsir 3 meter 3 keping dah berapa? 10kaki x 3 keping x rm15 = RM450! Tu belum campur langsir untuk 3 bilik. Silakan pengsan. Mau RM1k jugak untuk langsir sahaja. Erm, boleh beli aircond kot. Memandangkan menjahit is my passion, aku cakap dengan hint, meh aku jahit lah. Dia tanya boleh ke? Aku dengan confidentnya cakap boleh, bukan susah pun.

Ok, so pergilah Nagoya, kebetulan tengah ada CNY punya SALEEEEEEE. Memang murah gila ok. Murah sangat sangat sangat. Memandangkan ini adalah 1st trial untuk buat eyelet curtain, kitorang beli 2 langsir dulu. 9 meter untuk ruang tamu, 4 meter untuk bilik no 3 dengan ring+eyelet dia tu utk 5.5 meter. Total baru RM86.50. Oleh sebab langsir ruang tamu tu tebal sikit,  jadi aku start dengan langsir bilik no.3 dulu. Color hint pilih off white sebab bilik no.3 tu dia kata nak buat tema putihhh. Dia cakap camni "Putih yg macam bila mat salleh masuk, dia rasa macam kat syurga". Wahahahha, perumpamaan apakah?


sumber inspirasi.
aku blajar buat eyelet curtain dari flickr mat salleh ni.


Dalam masa 1 jam, siap la sekeping seperti di atas, tapi aku tak iron lagi, biar jelah dulu.
nak gantung pun takde tempat, so masuk la dalam plastik dulu.


ni jakun sebab berjaya melubangkan langsir utk sumbat ring eyelet tersebut dengan cantiknya.
jadi sebagai kenangan, mari ambik gambar tangga secara tembus. apa ayat ni?


langsir utk hall + ring2 dia, yg silver tu untuk langsir putih sebenarnya

Bila aku kira2, total 4 set eyelet curtain untuk 1 hall + 3 bilik (termasuk day curtain) paling maksimum pun RM250 kot. Day curtain aku jahit biasa je kot yang cangkuk2 tu. Aku kira murah dah tu, dari upah saja 1K tak termasuk harga kain lagi. Rasa macam nak terus beli je lah untuk lagi 2 bilik tu alang2 tengah sales & larat nak berjalan lagi ni..

*Sementara mood masih ada. Aku ni kalau dah start kena habiskan, kalau tak memang tak siap.*

No comments: