Pages

Saturday, November 24, 2012

Minggu 31

Banyak sangat baca pasal Gaza sampai tidur pun mimpi Gaza, diacu pistol atas kepala. Subhanallah, horror gila.

31 minggu = 9 minggu lagi untuk kita jumpa. Malam tadi, hint tanya "Dik, breastpump tak beli lagi ni" Aku jawab,  "nanti Isnin adik mesej orang tu, selama buat payment, rabu mungkin sampai kot."

Pada waktu-waktu ini, aku rasa Medela Freestyle bukan priority walaupun mampu dibeli. Bersederhana she, sederhana. Aku pilih Rumble Tuff, double pump 3 dalam 1. Electric, Bateri, Manual. 5 kali ganda lebih murah.

Hint tambah lagi satu item dekat checklist. Baby cot.
Puncanya aku yang minta, alasannya sebab hint tidur lasak sikit, banyak kali jugak sebelum ni dia bila berpusing masa tidur, kaki dia cecah perut aku sampai perlu aku minta dia alihkan.

Nasib jugak, aku jenis mudah terjaga.
Tertindih aku tak apa, jangan tertindih anak sudah

*Maaf kalau teguran saya buat awak terasa, saya harap awak tak marah ya*

No comments: