Pages

Thursday, November 22, 2012

Gaza, Stroller, Rezeki

Mengandung kali ini, buat jiwa aku lebih sensitif bila melibatkan anak-anak. Sayangnya, bukan aku yang ditakdirkan punya segunung wang ringgit untuk disedekahkan. Sebab itu, kenapa boikot adalah pilihan utama. Dan aku berdoa, semoga kali ini, Allah sediakan istiqamah untuk kami berdua. 

Gaza buat aku sedar, material bukan segalanya. Bulan lepas simpanan aku dan hint lesap almost 2k. 2k yang boleh aku depositkan ke StemLife untuk simpan stem cell Aveer bila lahir nanti. Itulah, mungkin ada salah silap yang kami lakukan dan Allah tarik rezeki dengan cara ini.

Hint kata "Sekejap je kan kalau Allah nak tarik balik apa yang kita ada"
Dalam hati aku : Nasiblah bukan 5k, atau 10k. Kalau tak mau bergaduh jugak laki bini. Maksud aku, laki bini lain. Setakat ni, aku dengan hint tak pernah bergaduh soal duit. Duit tak boleh beli bahagia pun. Jangan buang masa untuk perkara remeh temeh. Apa susah, kumpul la balik.

Hilang 2k, Gaza kena serang, buat aku sedar, Allah nak tunjukkan, nak ajarkan supaya hidup bersederhana. Semua orang nak kaya, tapi aku tak rasa aku mampu jawab bila dekat sana Tuhan tanya, apa yang lakukan dengan duit aku. 



Beberapa hari lepas, aku dan hint cari stroller. Semua orang nak yang terbaik untuk anak mereka. Yang mahal, yang stylish, yang bila dibawa berjalan, orang akan kagum "Wow, anak dia naik stroller ********. Silap haribulan, jadi riak pulak. Jadi aku dengan hint pilih yang lebih practikal.

1. Suitable for newborn
2. 3 level recline
3. Two-way push

Mintak tawar. Dapat. Bayar. Pulang. Comel je aku tengok hint sorong stroller sampai kereta =)

Just to let you know, balik je rumah, esok tu tengok2 hint dah tanggalkan liner dia : "nak hantar dry clean la". The story doesn't ended there. Pagi tadi ke pagi semalam entah, masa breakfast dia kata "Alhamdulillah, untuk rezeki yang Allah bagi. Dah hujung2 bulan pun mampu beli stroller lagi."

Ya alhamdulillah, untuk suami yang memahami, untuk rezeki yang Tuhan beri, untuk kebahagiaan yang ada dalam hati *senyum*

No comments: