Pages

Sunday, November 18, 2012

Nama

Palestin diserang Israel lagi. Tepat 1 hijrah (15 November calendar Masihi). Penuh wall facebook dengan gambar anak2 yang syahid. Dalam hati aku : Jahanam, Jahanam, Jahanam.
Kau kira anak-anak itu adalah Rainmaker dalam cerita Looper? Bodoh.

Tapi aku percaya, "Allah takkan beri ujian jika hambanya itu tidak mampu". Tak mampu aku bayangkan bagaimana boleh anak-anak itu teruskan kehidupan bila hilang ibu bapa. Mahu bergantung pada siapa? Kalau mampu aku adakan, kalau diberi izin Tuhan, mahu aku jagakan semua yang teraniaya. Tengok cerita Solat Delisa pun aku nangis semahunya, inikan pulak yang betul-betul depan mata.

Bagi aku dan hint, Israel sudah terlalu melampau. Tindakan boikot diambil serta-merta. Peduli apa orang kata. Bermusim. Yang aku pasti, Allah tidak menilai hasil, Allah menilai usaha kita. Setidak-tidaknya aku bukan salah satu dari penyumbang peluru Zionis yang membakar anak-anak tak berdosa. Apalah sangat McDonald, Honeystar, Milo, Kitkat. Hidup adalah lebih dari itu.

Lalu aku terlintas, anak aku - dia mesti kuat, sentiasa di jalan Allah, berani dengan kebenaran. Dan, aku terjumpa nama ini :

AVEER
Meaning : One who fights for peace
InsyaAllah.

HALVDAN
Typical ibu, pangkal nama mesti sama dengan ayahnya. Norsk-origin = "Half-Danish"

Danish, berasal dari Denmark, tapi punya maksud dalam Arab : WISDOM
Wisdom is a deep understanding and realization of people, things, events or situations, resulting in the ability to apply perceptions, judgements and actions in keeping with this understanding.

Half = Separuh. Half diterjemah secara rawak = Nazifa dalam Arab. Nazifa bermaksud Clear, Pure. Jadi, Halvdan = Half -Danish = Pure Wisdom

HALVDAN AVEER = PURE WISDOM OF THE ONE WHO FIGHTS FOR PEACE. 

Jadi anak, jangan risau jika ada yang pertikaikan nama yang ibu pilih.
Bahasa bukan masalahnya. Orang Afrika tak mungkin menamakan anaknya "Bunga".
Sedangkan bunga diterima baik dikalangan Melayu Kita. Tuhan itu, maha memahami dan mengetahui segala-galanya.

Tunggu ayah approved, ya?

No comments: